Sunday, 31 January 2021

Degree Life: Overview & Cara Mohon PPBU Bank Rakyat

PPBU Bank Rakyat: Overview & Cara Mohon PPBU

*Amboi tajuk, hengko ingat nak buat research paper ke ha? XD

Assalamualaikum & Hai sweeties! 

Apa khabar semuanya? Moga dalam keadaan sihat dan sentiasa #stayathome ye! Banyakkan minum air, bersenam dan pastikan stok vit C sentiasa ada :) Cik Teng mintak maaf tau lama tak update sebab busy ngan final & kerja yang tiada hujung huhu :(

Ha, kalau tengok tajuk yang Cik Teng nak share dengan korang ni, kemungkinan besar ramai yang dah tau kan tentang PPBU ni? (sambil tongkat dagu) Apapun, Cik Teng tetap nak share ngan korang :p

Aight, first question! Apa tu PPBU? 


PPBU atau nama panjangnya Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah merupakan pinjaman pendidikan kepada pelajar-pelajar Malaysia yang memerlukan penaja untuk pembiayaan pendidikan. 

Ringkasnya, pinjaman yang ditawarkan Bank Rakyat lebih baik berbanding PTPTN! Sebab zero kos pengurusan :)

Soalan kedua: PPBU ditawarkan kepada siapa?

PPBU ditawarkan kepada pendidikan peringkat tinggi sama ada kalian peringkat Sijil Kemahiran, Diploma, Ijazah Sarjana Muda, Profesional, Ijazah Sarjana, dan Doktor Falsafah (PH.D) kepada rakyat Malaysia yang layak sahaja. Matlamatnya adalah untuk membantu pembangunan sosial dan ekonomi rakyat Malaysia dengan membolehkan murid-murid yang masa depannya cerah tetapi memerlukan pendidikan Institusi Pengajian Tinggi Awam atau Swasta di negara ini secara sepenuh masa.

Soalan ketiga: Apa syarat kelayakan untuk memohon PPBU?

Syarat Umum

1. Terbuka kepada rakyat Malaysia terutamanya golongan B40 tanpa mengira agama, etnik dan kaum. (Tapi ramai je pemohon yang berjaya dalam kalangan keluarga berada atau kaya yakni T20).

2. Umur pemohon tidak kurang daripada 18 tahun.

4. Mempunyai surat tawaran pengajian IPTA atau IPTS.

5. Pengajian sepenuh masa sahaja di IPTA atau IPTS yang diiktiraf kerajaan Malaysia. (Pelajar yang melanjutkan ke luar negara juga berpeluang, namun universiti yang menawarkan pengajian tersebut mestilah diiktiraf JPA atau MQA).

6. Terbuka untuk semua bidang pengajian kecuali kos perubatan dan penerbangan. (Ha, yang tak dapat ISMP tu bolehlah mintak!)

Ok, semua syarat tu korang lepas? 

Soalan keempat: Apa kelebihan PPBU?

Ha, nilah yang Cik Teng TERTUNGGU-TUNGGU nak kabo! Excited nau :D

Let's be direct! Korang mungkin dah selalu dengar tentang PTPTN kan? Pinjaman pendidikan yang orang kata agak berhantu uhuk (jangan kecam gais)

Pastu lepas tamatnya pengajian, korang diberi tempoh selama 5 tahun untuk bayar balik pinjaman. Misalnya, korang pinjam RM20k dalam tempoh 5 tahun (ikut tawaran perjanjian PTPTN) kemudian bayaran balik bakal ditambah dengan ujrah (kos pengurusan). Total?

Kalau korang dapat first class degree, In Shaa Allah PTPTN angkut pinjaman korang tu sebagai biasiswa. First Class Degree sahaja ye! (Setiap uni berbeza tahap First Class Degree, nanti kita sembang topik ni di next post).

Tapi PPBU lain sikit daripada PTPTN. Dalam erti kata lain, pinjaman PPBU tak dikenakan langsung faedah mahupun sebarang bayaran tambahan! 

Yang gempaknya kan, PPBU akan tukarkan pinjaman korang kepada biasiswa in case korang capai CGPA yang dinyatakan PPBU dalam surat tawaran (dalam surat tawaran Cik Teng dinyatakan CGPA 3.5).


Next step: Cara Memohon PPBU 

Memandangkan musim Covid-19, segala urusan bersemuka mahupun by hand telah dihadkan sehingga permohonan PPBU hanya dilaksanakan melalui online. (tapi rasanya borang permohonan PPBU ni memang online la dari tahun 2013 lagi!)

Ni contoh item yang perlu diisi dalam borang online:

1. Peringkat pengajian (Diploma/Asasi/Degree/Master/PhD)

2. Fakulti

3. Nama IPTA/IPTS

4. Tempoh pengajian

5. Semester terkini

6. Tarikh kemasukan universiti


Maklumat penting! Maklumat penting! Maklumat penting! *amek kau, siap merahkan lagi hehe

Pastikan semua maklumat yang korang isi tu tepat ye! 

Aduh Cik Teng isi salah ke? Takdelah, Cik Teng isi betul dan tepat tau (masuk uni 30 Ogos 2019, jangkaan tamat ni ler tersalah kira jadi awal satu sem lak, kufikir PPBU tak kira extend sem dulu :') Tagune Celpad! :p

Masa isi borang, bawak semua dokumen yang diperlukan dan pastikan dapat pengesahan daripada pegawai Bank Rakyat atau individu tertentu (ada dinyatakan dalam surat makluman PPBU) contohnya:

  • Surat tawaran IPTA/IPTS
  • Senarai I/C ibu bapa dan adik beradik
  • Senarai pendapatan ibu bapa (bagi yang tak bekerja, isi je tak bekerja)
  • Lain-lain dokumen peribadi (surat beranak dll)

Lepastu check tarikh akhir hantar borang online. Set reminder dalam fon. In case ada maklumat kurang pasti atau korang terlepas pandang, reminder akan up tarikh akhir tu. So, korang takkan rugi dan terlepas untuk mohon!

Kalau korang ada apa-apa soalan nak tanya tentang permohonan PPBU ni terutamanya student degree, just let me know thru comment box below :)

Good Luck for those yang bakal mohon PPBU pada tahun-tahun akan datang! :)


4 comments:

  1. Hi Cik Ten. Nak tanya sy nak apply utk PPBU ni utk degree tapi kenapa xde degree dkt application level education dia tu. cuma ada diploma n diploma certificate je. mcm mana?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi, alamak maaf lambat balas. Haritu PPBU ada keluarkan dah tarikh untuk degree, harap awak sempat mohon ye

      Delete
  2. Assalamualaikum,,nk tanya. Semua dokumen termasuk salinan ic dan surat beranak pun kene ada pengesahan ke?

    ReplyDelete
  3. Hi Cik Teng, nak tanya kalau dah sem 2 degree boleh ke mohon ppbu ni?

    ReplyDelete

Degree Life: Ujian Kelayakan PPBU 2021

Senarai Penuh Quiz PPBU 2021 (Latest Post!) Perhatian:  Mohon lihat posting yang lepas berkaitan soalan quiz ppbu 2020: You may click this ...