Wednesday, 23 December 2020

Chilling With Webtoon

Webtoon; Multifunctional Platform


Assalamualaikum & Hi sweeties! 

Semua sihat ke? Alhamdulillah, Cik Teng sihat je cuma biasalah tengah bergelumang dengan esaimen menggunung huhu (lumrah student!)

Tapi sesibuk mana pun, kena jaga kesihatan ye. Fizikal dan mental :)

Kalau Cik Teng stress kan, Cik Teng terus buka Webtoon hehe... Jap, Webtoon tu apa? Ha jap Cik Teng tunjuk menatang apa tu hiks.


Webtoon. Retrieved from https://tips.clip-studio.com/en-us/articles/3692

Ringkasnya, Webtoon ni satu platform sama ada website atau aplikasi fon yang memuatkan pelbagai karya komik. Tapi dalam bahasa Inggeris (why bother? Didn't all of you want to improve your English?) Menariknya, kalau korang berbakat dalam lukisan dan nak jadi pengkomik, korang boleh letak karya korang kat sini. Lepastu semestinya akan dibayar! (semestinya ada syarat)

Seksa jugak nak tunggu episod/chapter baru kalau baca melalui website. Hanya orang yang tinggi kesabaran macam Cik Teng je boleh lalui dugaan ni (poyo la haha). 

Aplikasi pulak memang enjoy la ye. Cuma tak silap Cik Teng, korang kena bayar guna coin kalau nak baca chapter baru. Ala, support la sikit pelukis komik tu, ingat senang ke nak brainstorming idea? Kalau korang kaya, bolehla ye 'menyumbang' sikit untuk pengkomik hehe :D

So, apa kelebihan baca Webtoon ye? (in deep thought) (sigh) 

Ok here we go! 

  • Release tension selepas seharian bekerja/belajar.
  • Meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. (kalau kamus tebal malas nak bukak, takkan komik taknak baca ye dok?)
  • Menanam minat membaca (membaca jambatan ilmu!)
  • Dapat tingkatkan kualiti teknik melukis (ingat tak Cik Teng kabo yang Cik Teng suka melukis? Ha ni peluang untuk Cik Teng belajar pelbagai teknik lukisan!)

Ha banyak lagi kelebihannya tapi Cik Teng pilih yang utama je hehe... Menarik kan? Alang-alang PKP lagi ni, amikla peluang untuk belajar dan mana tau boleh buat duit? 

Aight that's all sweeties! Till we meet again!

No comments:

Post a Comment

Degree Life: Ujian Kelayakan PPBU 2021

Senarai Penuh Quiz PPBU 2021 (Latest Post!) Perhatian:  Mohon lihat posting yang lepas berkaitan soalan quiz ppbu 2020: You may click this ...