Siapa Cik Teng? Jom intro!
Assalamualaikum & Hi sweeties!
Terketar-ketar jari duk menaip ni, nervous tahap gaban uolls! (amboi, baru taip bukannya lafaz akad! Eh, tapi Cik Teng ni perempuan, takyah lafaz akad~)
Ok-ok, Cik Teng dah melalut sampai lupa tujuan asal ye...
Cik Teng baru je berjinak-jinak dengan dunia blog, al maklumlah baru dapat ilham dan hidayah nak menaip hehe... Sebelum ni Cik Teng mampu mengarang, menulis dan meluahkan kata dalam Microsoft Word dan lebih legend lagi, diari! Sebut je; cerpen, puisi, sajak, syair mahupun karangan BM pun Cik Teng muatkan dalam diari.
Diari ni umpama teman hidup Cik Teng la (ye ye je haha), memandangkan Cik Teng seorang yang suka memendam perasaan. Encik Diari la yang senantiasa menadah halaman kertas untuk Cik Teng meluahkan segala-galanya. Suka, duka, manis, pahit, masin mahupun tawar pun Cik Teng report kat Encik Diari tau! Tapi zaman dah berubah, diari pun orang selalu curi-curi baca, Cik Teng pun mula menaip di Microsoft Word.
Microsoft Word? Selamat ke? Cik Teng guarantee 100% takde yang buka MW sebab tu laptop peribadi Cik Teng hehe... Dah karang banyak penulisan, cikgu Cik Teng kata, "Apakata awak masuk pertandingan cerpen?" Ha, macam mana pulak cikgu tau ni? Bukan sebab cikgu baca penulisan kat MW Cik Teng tapi sebab Cik Teng join bengkel penulisan novelis Ain Maisarah (Cik Teng ni kipas-susah-mati Puan Ain Maisarah ye!)
Jadi, Cik Teng cuba nasib jela hantar cerpen berkisarkan persahabatan. Masa tu Cik Teng ada kenal dengan seorang akak ni, dia kata dia nak publish karya dia melalui syarikat kecil yang dia bangunkan bersama abang dia. Lepastu dia minta Cik Teng masuk pertandingan cerpen kecil-kecilan yang syarikat dia anjurkan. Katanya, "kalau awak menang, cerpen awak akan dimuatkan dalam buku akak, lepastu akak credit nama awak plus dapat wang sebanyak RM150." (lumayan tu untuk pelajar tingkatan 4 hehe)
Cik Teng terus terima tawaran dia bukan disebabkan ganjaran duit tapi disebabkan Cik Teng nak tempa nama dalam dunia penulisan. Alhamdulillah, karya Cik Teng terpilih daripada beratus-ratus orang yang hantar cerpen. Cik Teng rasa tak percaya sebab takde had umur pun kalau nak masuk pertandingan tu.
Laepastu apa jadi? Dipendekkan citer, Cik Teng tak dapat tempa nama bahkan bayang wang pun tak nampak. Scam ke? 90% mungkin scam tapi dia ada hantar buku dia untuk Cik Teng. Sagu hati la kononnya. Sayang sekali, karya Cik Teng jadi hak milik akak tu.
Kecewa? Sedih? Semestinya! Tapi Cik Teng bangkit dan konsisten menulis. Writing is my passion, nobody can stop me!
Rasanya itu je serba sedikit tentang macam mana Cik Teng boleh terlibat dengan penulisan. Oklah, Cik Teng intro tentang diri secara ringkas ye :)
- Cik Teng (bukan nama sebenar)
- 20 tahun (uish muda banget hehe)
- Student in one of local universities (nanti kita reveal ok!)
- Suka menulis, melukis, makan (hobi baru masa pkp), baking, baca komik & novel!
- Single but unavailable
Aight that's all sweeties! Till we meet again!
Takziah cik teng untk karya cik teng yg lembu punya susu sapi dapat namaπ’
ReplyDelete