Sunday, 23 October 2022
Degree Life: Ujian Kelayakan PPBU 2021
Degree Life: PTPTN atau PPBU?
Nak Pilih Mana Satu: PTPTN atau PPBU?
Assalamualaikum & Hai sweeties!
Apa khabar semuanya? Lama bebenor kan tak update? Again, I'm so sorry for being inconsistent in updating this blog :( Banyak benda berlaku dan kena setelkan satu-satu huhu...
Ok, enough with sad intro. Let's move on to the main topic :)
Kalau tengok tajuk ni, mesti korang dah tau apa yang Cik Teng nak sampaikan. Yep, pros and cons PTPTN dan PPBU sama ada dari segi jumlah pinjaman/pembiayaan, bayaran balik dan lain-lain.
Sebenarnya, kebanyakan pelajar yang Cik Teng pernah borak sebelum ni kata mereka tak amik PTPTN sebab nak elak hutang selepas belajar dan sanggup tanggung pendidikan mereka sendiri. Ada yang buat kerja part time, ada pulak yang mintak sponsorship PaMa (Papa & Mama).
Kelebihan PTPTN
Tapi, tau tak kalau pinjam PTPTN, kita akan lebih mudah buat loan semasa berada dalam alam pekerjaan? Ha, senang nak buat pinjaman kereta mahupun rumah daripada bank. Asalkan CCRIS mereka cantik. CCRIS tu apa? Hehe minta tanya Acik Google ye :p
Selain itu, PTPTN tawarkan ujrah. Tiada bunga yang mencekik darah macam Ah Long Bukit Bintang :p Ringkasnya, konsep pinjaman patuh syariah telah diperkenalkan oleh PTPTN. No need to worry okay!
PTPTN juga tawarkan biasiswa jika pemohon dapat capai first class degree! Tapi bergantung atas CGPA first class degree yang setiap universiti tetapkan ye :)
P/S: Boleh rujuk notis semasa PTPTN, ada ketika mereka buka tawaran ni, ada juga pemohon kena bayar balik walaupun capai kelas pertama dalam sarjana muda :(
Syarat permohonan PTPTN juga tidak ketat. Hanya memerlukan surat tawaran kemasukan IPT dan dua orang penjamin tanpa letak syarat khusus.
Kekurangan PTPTN
Setiap kelebihan pasti ada kekurangan. Tiada yang sempurna... Cewwah :p
Cik Teng ringkaskan kekurangan PTPTN:
1. Jumlah pinjaman berdasarkan gaji atau pendapatan ibu bapa. Jika ibu bapa kerja kerajaan, amaun yang diterima sikit. Boleh jadi dalam lingkungan RM1k untuk 1 semester.
2. Kadar bayaran balik pinjaman lebih tinggi berbanding jumlah asal pinjaman.
3. Kadang-kadang ditawarkan pengecualian bayaran balik, kadang-kadang tiada tawaran.
Orait, jom tengok pros and cons PPBU :)
Kelebihan PPBU
1. Tawaran pengecualian bayaran jika dapat CGPA 3.5 (boleh rujuk surat perjanjian masing-masing, kadang-kadang berubah).
2. Pemohon berkemampuan untuk bayar balik (contohnya: CGPA 3.4-3.49 hanya perlu bayar 10% daripada jumlah pembiayaan yang ditetapkan).
3. Jumlah untuk satu sem RM 4,750 (untuk UIA, boleh rujuk surat perjanjian masing-masing).
4. Semua bidang dialu-alukan untuk buat permohonan kecuali kos lesen penerbangan dan perubatan (medik).
Kekurangan PPBU
1. Syarat penyerahan dokumen dan perjanjian agak ketat. 2 penjamin yang dituntut pula mestilah umur tidak lebih daripada 45 tahun dan digalakkan yang bekerja dalam sektor kerajaan.
2. Tidak dibenarkan buat kerja part time mahupun bernikah :p
Rasanya setakat ni dulu Cik Teng berikan gambaran perbezaan antara PTPTN dan PPBU. Buatlah pilihan yang terbaik, istikharah dulu ye :)
Selamat maju jaya semua!
Degree Life: Ujian Kelayakan PPBU 2021
Senarai Penuh Quiz PPBU 2021 (Latest Post!) Perhatian: Mohon lihat posting yang lepas berkaitan soalan quiz ppbu 2020: You may click this ...

-
Quiz PPBU Assalamualaikum & Hi Sweeties! Aip aip gais! Hope all of you in the best of health :) Attention: Entri kali ini sangat panjan...
-
Senarai Penuh Quiz PPBU 2021 (Latest Post!) Perhatian: Mohon lihat posting yang lepas berkaitan soalan quiz ppbu 2020: You may click this ...
-
PPBU Bank Rakyat: Overview & Cara Mohon PPBU *Amboi tajuk, hengko ingat nak buat research paper ke ha? XD Assalamualaikum & Hai swee...