Sunday, 23 October 2022

Degree Life: Ujian Kelayakan PPBU 2021

Senarai Penuh Quiz PPBU 2021 (Latest Post!)

Perhatian: Mohon lihat posting yang lepas berkaitan soalan quiz ppbu 2020:

Assalamualaikum & Hi Sweeties!

Fuh, fuh lama bebeno tidak mengarang di blog. Tiba-tiba rasa terpanggil untuk menulis kembali memandangkan kawan Cik Teng minta Cik Teng untuk bantu dia jawab quiz PPBU. Semoga kawan Cik Teng dapat PPBU, Aamiin!

By the way, semua sihat ke? Harapnya semua masih baik-baik saje ye! Cik Teng ada menerima komen dan email yang banyak tapi Cik Teng benar-benar tak mampu nak balas kesemua email memandangkan baru petang tadi Cik Teng dapat akses masuk ke email dan blog Cik Teng. Sekali lagi, Cik Teng nak mohon seribu kemaafan atas keterlambatan Cik Teng menjawab persoalan kalian :(




Sebelum Cik Teng senaraikan soalan quiz, Cik Teng ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada kalian yang sudi menjenguk post Cik Teng sebelum ini :) Jangan lupa follow sebagai tanda penghargaan penulisan Cik Teng dan untuk korang dapatkan berita terkini terutamanya berkaitan #DegreeLife. Trimas semua!

Cik Teng cuba flashback beberapa soalan (sebagai gambaran kasar dan semua soalan yang Cik Teng nyatakan di sini memang soalan berulang tahunan).

Sekadar makluman mesra, soalan-soalan yang Cik Teng teliti sejak 2020 sehingga 2021 memang tiada perubahan. 

Tapi, kemungkinan akan ada perubahan soalan memandangkan pandemik covid-19 telah berakhir, maka tiada lagi soalan berkaitan covid-19. Dan mungkin jika pihak atasan dapati soalan bocor ini tersebar, maka bye-bye :o

Jangan risau, jika ada sebarang perubahan, Cik Teng akan update sedikit sebanyak soalan-soalan terkumpul. :)

Selamat meneliti soalan-soalan tertera!

Link koleksi soalan: Cik Teng 

Selamat maju jaya dan sebarang komen boleh diajukan di bawah! Jangan lupa panjatkan doa buat diri sendiri, Cik Teng dan yang lain-lain. 

Regards,
Cik Teng 



Degree Life: PTPTN atau PPBU?

Nak Pilih Mana Satu: PTPTN atau PPBU?

 

                                                     

Assalamualaikum & Hai sweeties! 

Apa khabar semuanya? Lama bebenor kan tak update? Again, I'm so sorry for being inconsistent in updating this blog :( Banyak benda berlaku dan kena setelkan satu-satu huhu...

Ok, enough with sad intro. Let's move on to the main topic :)

Kalau tengok tajuk ni, mesti korang dah tau apa yang Cik Teng nak sampaikan. Yep, pros and cons PTPTN dan PPBU sama ada dari segi jumlah pinjaman/pembiayaan, bayaran balik dan lain-lain.

Sebenarnya, kebanyakan pelajar yang Cik Teng pernah borak sebelum ni kata mereka tak amik PTPTN sebab nak elak hutang selepas belajar dan sanggup tanggung pendidikan mereka sendiri. Ada yang buat kerja part time, ada pulak yang mintak sponsorship PaMa (Papa & Mama).

Kelebihan PTPTN 

Tapi, tau tak kalau pinjam PTPTN, kita akan lebih mudah buat loan semasa berada dalam alam pekerjaan? Ha, senang nak buat pinjaman kereta mahupun rumah daripada bank. Asalkan CCRIS mereka cantik. CCRIS tu apa? Hehe minta tanya Acik Google ye :p

Selain itu, PTPTN tawarkan ujrah. Tiada bunga yang mencekik darah macam Ah Long Bukit Bintang :p Ringkasnya, konsep pinjaman patuh syariah telah diperkenalkan oleh PTPTN. No need to worry okay!

PTPTN juga tawarkan biasiswa jika pemohon dapat capai first class degree! Tapi bergantung atas CGPA first class degree yang setiap universiti tetapkan ye :) 

P/S: Boleh rujuk notis semasa PTPTN, ada ketika mereka buka tawaran ni, ada juga pemohon kena bayar balik walaupun capai kelas pertama dalam sarjana muda :(

Syarat permohonan PTPTN juga tidak ketat. Hanya memerlukan surat tawaran kemasukan IPT dan dua orang penjamin tanpa letak syarat khusus.

Kekurangan PTPTN 

Setiap kelebihan pasti ada kekurangan. Tiada yang sempurna... Cewwah :p

Cik Teng ringkaskan kekurangan PTPTN:

1. Jumlah pinjaman berdasarkan gaji atau pendapatan ibu bapa. Jika ibu bapa kerja kerajaan, amaun yang diterima sikit. Boleh jadi dalam lingkungan RM1k untuk 1 semester.

2. Kadar bayaran balik pinjaman lebih tinggi berbanding jumlah asal pinjaman.

3. Kadang-kadang ditawarkan pengecualian bayaran balik, kadang-kadang tiada tawaran.

Orait, jom tengok pros and cons PPBU :)

Kelebihan PPBU

1. Tawaran pengecualian bayaran jika dapat CGPA 3.5 (boleh rujuk surat perjanjian masing-masing, kadang-kadang berubah).

2. Pemohon berkemampuan untuk bayar balik (contohnya: CGPA 3.4-3.49 hanya perlu bayar 10% daripada jumlah pembiayaan yang ditetapkan).

3. Jumlah untuk satu sem RM 4,750 (untuk UIA, boleh rujuk surat perjanjian masing-masing).

4. Semua bidang dialu-alukan untuk buat permohonan kecuali kos lesen penerbangan dan perubatan (medik).

Kekurangan PPBU

1. Syarat penyerahan dokumen dan perjanjian agak ketat. 2 penjamin yang dituntut pula mestilah umur tidak lebih daripada 45 tahun dan digalakkan yang bekerja dalam sektor kerajaan.

2. Tidak dibenarkan buat kerja part time mahupun bernikah :p

Rasanya setakat ni dulu Cik Teng berikan gambaran perbezaan antara PTPTN dan PPBU. Buatlah pilihan yang terbaik, istikharah dulu ye :)

Selamat maju jaya semua! 


Degree Life: Ujian Kelayakan PPBU 2021

Senarai Penuh Quiz PPBU 2021 (Latest Post!) Perhatian:  Mohon lihat posting yang lepas berkaitan soalan quiz ppbu 2020: You may click this ...