Saturday, 13 February 2021

Soalan Quiz PPBU 2020

 Quiz PPBU

Assalamualaikum & Hi Sweeties!

Aip aip gais! Hope all of you in the best of health :)

Attention: Entri kali ini sangat panjang memandangkan penulis insert banyak gambar dan contoh bentuk soalan quiz.

Harini kita nak cakap pasal apa ye? *sambil garu dagu* Hehe, betul tu, QUIZ!

Alamak, Cik Teng! Kenapa PPBU kena ada quiz? Ni bukannya Yayasan Bank Rakyat (YBR)! :(

Gais, cer korang fikir. Kalau Bank Rakyat tak buat quiz, macam mana pemilihan untuk PPBU ni boleh berlaku adil? Kalau dapat money money (nyanyi pulak!) tapi pelajar yang ditaja malas tahap gaban dalam pelajaran, berkat ke tajaan/pinjaman tu?

Itulah tujuan kuiz diadakan :)

Oh ye, sebelum Cik Teng meluncur lebih jauh lagi, apa next step uolls kena buat lepas daftar untuk permohonan PPBU?

Aight, lepas daftar je, korang akan dapat email berikut:

                        Hehe Cik Teng star tau :D Email ni bertarikh pada 9 September 2020

Nampak tak? Korang boleh update maklumat korang dan check status permohonan korang dengan portal yang diberikan Bank Rakyat.

Cik Teng, bila pulak ye quiz? 

Ha, notis tentang quiz ni lebih kurang 2 minggu korang akan dapat. Let's check it out below!


Email ni jemput korang untuk menjalani ujian saringan online PPBU.


Disertakan juga maklumat penting tentang quiz.

Perhatian: Sila set alarm, tanda kalendar, sebar dalam grup whatsapp famili korang tentang tarikh quiz yang tertera supaya tak terlepas pandang okayh!

Sorry Cik Teng kena 'merahkan' dan bold memandangkan ramai applicants yang terlepas pandang tarikh keramat masing-masing. Lepastu terpaksa tunggu setahun lagi nak apply PPBU :(

Orait korang boleh pilih je bila-bila masa korang nak jawab quiz tu asalkan masa tu mental korang tak breakdown, fizikal dalam keadaan sihat walafiat dan line internet laju

Wajib ke internet laju? Of course uolls! 

Sebab quiz ni hanya boleh dijawab sekali sahaja. Sekali sahaja okayh! Kalau blackout ke lost connection ke, tiada maaf bagi mu! Ha gitew...

Walaupun kawasan rumah Cik Teng ni internet memang laju woo tapi Cik Teng tetap ambil langkah berjaga-jaga dan proaktif iaitu Cik Teng jawab quiz di CC (Cyber Cafe).

Tak bising ke kat CC tu? Hehe langkah kanan Cik Teng waktu tu pasalnya budak-budak gaming jarang main PC dah (kawasan tu ok, kawasan lain Cik Teng taktau) dan adalah sorang dua budak yang duk siapkan assignment.

Tak dilupakan jua, kalkulator saintifik yang form 5 mestilah digunakan sepanjang jawab quiz yang terhad masa (rembat yang adik pasalnya dia budak Science stream).

Let's jump in to the questions and their divisions!

Soalan Quiz tahun 2020:

Ada 3 bahagian, setiap bahagian 15 soalan, total soalan 45 soalan dan masa menjawab 1 jam sahaja. Jawab semua soalan sebelum skip ke bahagian seterusnya memandangkan tak boleh patah balik ye gais :(

Soalan PPBU merupakan soalan past year so kemungkinan besar PPBU recycle soalan-soalan tu balik! 

Cik Teng harap dengan perkongsian soalan-soalan quiz ni, korang dapat ulangkaji sedikit sebanyak. Lagi bagus, korang ready siap-siap dengan jawapan yang tepat. Save your time ain't hurt right? :)

Apapun, good luck diucapkan kepada para calon yang berjaya menjalani ujian saringan online PPBU ye :) Nantikan entri lain berkaitan PPBU ok?

Till we meet again in next post! Bye~



Degree Life: Ujian Kelayakan PPBU 2021

Senarai Penuh Quiz PPBU 2021 (Latest Post!) Perhatian:  Mohon lihat posting yang lepas berkaitan soalan quiz ppbu 2020: You may click this ...